Khamis, 4 Februari 2016

4 Kesilapan Penggunaan Softlens Yang Sering Dilakukan

Share it Please
SOFTLENS atau lebih mesra disebut kanta lekap, adalah sangat selesa dipakai sehingga kita lupa cara menggunakannya dengan betul. Menurut satu kajian CDC, 99 peratus pengguna kanta lekap berisiko jangkitan kerana kesilapan penggunaan kanta lekap.
“Kesilapan yang umum dilakukan pengguna kanta lekap adalah kesalahan boleh dilakukan berkali-kali sebelum masalah yang paling buruk berlaku,” kata Keith Walter, MD, seorang doktor mata di Wake Forest Baptist Medical Center.
Jadi, apakah kesilapan umum yang bila dibiarkan boleh membawa kepada akibat berbahaya? Berikut empat kesilapan utama yang dilakukan pengguna kanta lekap.
#1 Tidur dengan memakai kanta
Kanta menghalang oksigen masuk ke kornea mata anda, menyebabkan kerosakan perlahan di sel-sel permukaannya. Apabila anda menutup mata semasa tidur, persekitaran di bawah kanta lekap akan lebih hangat, gelap, dan lembab dengan sedikit oksigen, yang disenangi bakteria dan fungus.
Pastikan anda membuka kanta lekap sebelum tidur dan membasuhnya bila anda baru bangun dari tidur tidak sengaja dengan kanta lekap anda, mesej Dr Walter.
#2 Ganti cecair perendam kanta lekap dalam bekas perendam
Ini bermakna anda perlu membuang air perendam kanta lekap yang lama sebelum meletakkan kanta lekap yang telah dibersihkan. Jadi, jangan campur air perendam lama dengan yang baru. Pastikan juga anda lap kering bekas simpanan dan menukar larutan perendam tiga bulan sekali.
#3 Bilas kanta lekap dengan air paip
Dalam keadaan kecemasan, anda mungkin menggunakan air paip untuk membilas atau membasahkan kanta lekap anda. Tapi itu idea yang buruk. Air paip boleh mengandungi amoeba yang diketahui menyebabkan Acanthamoeba keratitis, satu bentuk jangkitan mata yang sukar diubati, kata Dr Walter.
#4 Menggunakan kanta lekap di luar batas
Kanta lekap anda mempunyai batas waktu pemakaian, ada jenis harian atau jenis bulanan. Anda perlu mengikuti peraturan yang disampaikan pada penggunaan bungkusan atau pegawai optik, kata Dr Walter. Namun, yang pasti, kanta lekap sebaiknya tidak digunakan seharian tanpa dilepas sebelum tidur atau mandi dan dicuci dengan baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers